Friday, August 18, 2006
Pengularan Terakhir (kalau boleh)
Hari ini saya telah menjadi 'Mat Despatch termahal' sekali lagi. Oleh kerana kesuntukan masa, maka tidaklah sempat bagi saya untuk menelefon sebelum itu kroni-kroni untuk mengajak mereka minum pagi.
Walau bagaimanapun, saya bernasib baik kerana ada juga seorang insan yang sudi menemani saya untuk menikmati juadah pagi walau pun notis yang diberikan agak singkat. Tidak sia-sia saya berada di kawasan itu.
Jarang sekali saya dapat bersama beliau di waktu pagi untuk menikmati sarapan kerana selalunya kami hanya bertemu sekali-sekala, itu pun hanya di waktu malam sahaja untuk berbual-bual kosong (dapatlah juga menikmati kopi atau teh yang sedap tak terhingga di sekitar kawasan perumahan beliau).
Oleh yang demikian maka di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada insan tersebut kerana sudi meluangkan masanya untuk bersarapan bersama saya.
Saya yang berjanji tidak mahu 'mengular' lagi,
GS